Selamat datang kepada semua, anda boleh hubungi saya di koyaail15[@]gmail.com

Caping Untuk Dijual

Bagi post yang ini saya tunjukkan mengenai Caping, di sini terdapat dua jenis caping iaitu Caping Perak dan Caping Perak + Tembaga. Hubungi saya jika berminat.

Caping Perak berharga RM1650

















Caping Perak + Tembaga RM2400

Syiling Yaasin 1

Berikut adalah syiling lama iaitu Syiling Yaasin 1. Terdapat ukiran Rama-Rama pada permukaannya. Hubungi saya jika berminat untuk memilikinya.

Syiling Yaasin 7

Berikut adalah syiling lama iaitu Syiling Yaasin 7. Terdapat ukiran perkataan Yaasin dan Manusia pada permukaannya. Hubungi saya jika berminat untuk memilikinya.

Syiling Yaasin 9

Berikut adalah syiling lama iaitu Syiling Yaasin 9. Terdapat ukiran perkataan Yaasin dan Manusia Bertongkat pada permukaannya. Hubungi saya jika berminat untuk memilikinya.

Syiling Bahtera

Ini adalah syiling bahtera, berwarna keemasan dan mempunyai ukiran bahtera pada permukaannya. Hubungi saya jika berminat untuk memilikinya.

Kain Lama Bertulisan Jawi

Memandangkan blog nie baru ajer siap, maka tidak banyak lagi barangan yang saya letakkan dalam blog nie...Insyaallah saya akan sentiasa update untuk tatapan kepada yang berminat.


Baiklah...gambar kain yang ditunjukkan ini adalah kain lama yang mempunyai ukiran@tulisan jawi pada kain tu. Terdapat hanya dua dalam simpanan saya, jika berminat hendak memilikinya sila lah hubungi saya, sms ajer dah cukup :)

Apa Itu Caping?

Caping dipercayai telah diperkenalkan di negara ini oleh orang India sejak zaman Seriwijaya iaitu sekitar kurun ketujuh hingga ke-13 Masihi. Ia digunakan dengan meluas oleh kanak-kanak di utara dan di pantai timur Semenanjung Malaysia. Penggunaan caping di negeri-negeri lain tidaklah begitu meluas. Kanak-kanak lelaki dan perempuan menggunakan caping ketika dia sudah boleh berdiri dan berjalan tanpa dipimpin iaitu ketika berumur satu tahun empat bulan.

Cara memakai caping adalah berbeza mengikut taraf dan kedudukan sebuah keluarga. Bagi kerabat raja ada beberapa perkara harus dipatuhi terutama sekali dalam memilih tali yang digunakan untuk mengikat caping di pinggang. Tali-tali yang berwarna putih, kuning, merah, hijau dan ungu dikhaskan untuk kerabat diraja sahaja. Manakala rakyat pula dilarang menggunakan warna kuning. Bagi orang bukan Melayu, tali berwarna hitam pula kerap digunakan.

Tatacara majlis memakai caping boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja yang tahu tentang istiadat itu walaupun selalunya ia dilakukan oleh bomoh. Istiadat menggunakan caping di kalangan anak-anak kerabat diraja dimulakan dengan merenjis daun emas bercampur tepung tawar untuk memuja semangatnya. Orang kebanyakan pula hanya menepung tawar serta diiringi dengan jampi yang dibacakan oleh bomoh. Kenduri kecil biasanya diadakan terlebih dahulu untuk memikat semangat supaya datang ke tempat majlis memakai caping itu dijalankan. Hidangan yang disediakan biasanya terdiri daripada tiga ulas nangka, tiga jenis buah-buahan tempatan, tiga buku garam, tiga sisir pisang nangka, satu sisir pisang raja dan dua batang lilin lebah. Persembahan ini diletakkan di dalam bekas khas yang dianyam daripada daun pandan dan diletakkan di satu sudut terpilih yang diawasi berhampiran dengan tempat perasapan. Apabila semua persiapan telah disediakan kemenyanpun dibakar.

Selepas itu bomoh akan mengikat caping ke pinggang anak tersebut, diikuti dengan bacaan doa selamat dan menjamah hidangan. Caping biasanya diikat di pinggang dengan menggunakan tali berwarna hitam yang dipercayai boleh mengelakkan sebarang bencana daripada menimpa diri pemakainya. Caping tersebut akan dibuka semula apabila kanak-kanak itu sudah pandai menyarung pakaiannya sendiri. Namun demikian kerana telah biasa memakai caping dia akan berasa tidak lengkap tanpa memakainya walaupun sudah pandai memakai kain.

Paling akhir kanak-kanak memakai caping yang diketahui ialah semasa pemerintahan Sultan Mohamed IV (1899-1920) di Kelantan. Selepas masa itu caping tidak digunakan lagi.

Sekilas Mengenai CIncin

Semenjak zaman kesultanan Melaka lagi telah disebut bahawa orang Melayu sama ada wanita ataupun teruna telah biasa dengan memakai cincin di jari-jari mereka. Cerita-cerita lama dalam hikayat dan beberapa sumber lain telah mengesahkan bahawa Sultan Melaka menghiaskan jari-jarinya dengan beberapa bentuk cincin yang bertatah batu permata dan licin seperti cincin belah rotan.

Cincin berasal dari Barat dan mungkin juga dari India kerana kesan budayanya sangat dipengaruhi oleh budaya tempatan khususnya di Melaka. Kebudayaan ini seterusnya telah menjalar ke seluruh negara dengan tidak disedari seolah-olah merayap seperti api dalam sekam.

Pancaran daripada pemakaian cincin telah diilhamkan kepada orang Melayu dan Cina. Lama kelamaan ini telah menimbulkan minat mereka untuk merekabentuk cincin dengan corak-corak tempatan, tetapi masih kekal dengan ciri-ciri asalnya. Ciri-ciri yang jelas ialah kedudukan dan susunan batunya yang tersembul atau tenjulur ke luar serta mempunyai birai; gelang-gelang pemegangnya yang bercanai halus kelihatan indah dengan corak dan warna batu-batu yang diikat. Kehalusan seni sebentuk cincin lazimnya dapat memperlihatkan kemahiran dan kepakaran seseorang dan seterusnya mencerminkan peradaban masyarakat yang dianggotainya.

Birai cincin untuk batu permata biasanya dikikir dan dicanai halus hingga menjadi satu cengkaman yang kukuh dan apabila dipaterikan di atas gelangnya, ia akan kelihatan kemas, berseni dan bersinar. Ada di antara cincin yang diikat dengan beberapa batu permata, disusun dan dihias dengan motif daun sebagai pengikat dan cengkamannya.

Tukang-tukang emas tempatan yang mahir dalam menyusun batu-batu permata tetap disanjung walaupun kualiti batu permata yang digunakan dan cara pemotongannya jauh daripada sempurna. Dua kaedah melekatkan batu permata atau istilah antarabangsa yang terkenal ialah “a jour” dan “bow setting”. Kaedah a jour biasanya digunakan bagi batu-batu permata yang dipotong tanpa kecacatan.

Asal Usul dan Jenis Keris

Keris merupakan senjata pendek yang digunakan oleh orang Melayu sejak zaman keagungan pemerintahan Kesultanan Melayu lebih daripada 800 tahun yang lampau terutamanya pendekar, pahlawan serta kalangan pembesar istana. Satu alat kebesaran bagi raja-raja atau lambang kekuasaan atau kedaulatan. Keris mempunyai dua belah mata, melebar dipangkal dan tirus dihujungnya serta tajam. Terdapat mata keris yang lurus dan berlok-lok dengan keindahan pamor serta hulu yang menarik dan juga sarungnya.

Hulu

Hulu keris berukuran sepanjang lebih kurang 15sm. berkeadaan membengkok dibahagian tengahnya seperti bentuk kepala tongkat. Diukir dengan tangan sepenuhnya dan mempunyai nilai estetika Melayu yang diperbuat daripada perdu atau tunjang kayu (kemuning, tegor, tempinis, sena,celagi, petai belalang, boai, lebang dan kayu hitam), gading gajah, tanduk, gigi ikan paus, emas, perak, besi dan kemor (sejenis batu karang).

Pelbagai nama telah diberikan seperti Anak Ayam Teleng, Anak Ayam Sejuk, Jawa Demam, Kakaktua, Tapak Kuda dan Pekaka. Penjelmaan rekabentuknya menggambarkan kekuatan dan kekuasaan senjata tersebut yang bersifat raksaksa dan garuda. Ragamhias hulu keris kebanyakannya bermotifkan bunga timbul, awan larat, bunga tebuk, ketam guri, bentuk fauna dan juga bentuk dewa Hindu dengan imbasan wajah manusia.

Pendongkok

Dikenali juga sebagai dokok, pendongkok, dulang-dulang keris atau memendak. Diperbuat dari logam, tembaga, perak atau emas. Berbentuk seperti bunga dan berukiran bunga dawai pintal yang bertatahkan batu permata atau ukiran biasa sahaja. Pendongkok dipasangkan melekap pada pangkal hulu keris dibahagian permukaan ganja.

Jenis Keris

Berbagai jenis keris terdapat di Nusantara Melayu dan kegunaannya selain sebagai senjata, regalia terhadap Raja Melayu dan perubatan.

  • Keris Sepukal
  • Keris Sempena
  • Keris Cerita
  • Keris Picit
  • Keris Tajung
  • Keris Sulok Belingkong - lok tiga
  • Keris Apit Liang - lok lima
  • Keris Jenoya - lok tujuh
  • Keris Rantai - mempunyai sembilan hingga 21 lok
  • Keris Andus - mempunyai 23 hingga 29 lok


Ketahui Rahsia Badik

Badik adalah senjata pendek yang di anggap sebagai senjata azimat. Senjata ini wujud sezaman dengan keris. Bahkan ada yang percaya ianya wujud lebih awal lagi.

Mengikut kajian membuat senjata-senjata pendek, besi terpilih yang dipercayai mempunyai hikmah digunakan untuk mendapat manfaat rahsianya bagi si pemakai sebagai senjata sulit.

Badik juga merupakan pakaian sulit yang jarang ditunjukkan kepada orang lain dan sehingga sekarang pun masih ada golongan orang Melayu yang memakai badik untuk tujuan seperti pemukauan, pelindung diri, melaris perniagaan dan dijadikan sebagai pengasih. Bagi kaum wanita di Kelantan, senjata-senjata pendek seperti badik ini adalah merupakan pakaian khusus atau senjata sulit untuk pertahankan diri, ini semua perlu kita ingat jika diizinkan Allah.

Rahsia Yang Ada Pada Keris

Keris adalah sejenis senjata warisan Melayu yang berdaulat iaitu senjata pakaian orang Melayu pada zaman silam, keris mempunyai rahsia-rahsia yang istimewa kerana keunikannya. Antara sebab keris menjadi lambang kemegahan dan kekuatan orang melayu kerana ianya diperbuat daripada besi-besi yang terpilih dan mempunyai petua-petua yang tertentu.

Setiap bilah senjata keris ada mengandungi besi bercampuran (pamor) atau besi sebatang kerana setiap jenis besi itu ada rahsia yang tertentu diantaranya seperti:

  • Besi waja mempunyai rahsia keras lagi tajam
  • Besi putih bewarna perak mempunyai rahsia kemudahan rezeki dan boleh menembusi kulit yang tebal
  • Besi tarung bari bulu rusa rahsianya berbisa lagi tajam
  • Besi kelipan miang berbintik mempunyai kedamaian dan boleh mengurangkan kepanasan api kebakaran
  • Besi kuning keemasan rahsianya mendatangkan kemurahan rezeki, dihormati dan boleh menembusi kulit yang kebal
  • Sifat bari semut permukaannya berlubang seperti sarang semut, rahsianya mempunyai kebisaan, melemahkan kulit yang kebal dan kemurahan rezeki
Setiap bilah jika mempunyai pamor (besi ramuan) ianya mempunyai rahsia tertentu kerana setiap bilah keris itu tuahnya ada pada pamor dari segi lahirnya

Walau bagaimanapun keris besi sebatang tidak kurang kelebihannya kerana disudut rahsia untuk bertarung terlebih baik baginya